Monday, March 05, 2007

Tips "Berubah Angin" ke Dubai!

Hijrah ke tempat orang merupakan suatu pengalaman baru. Baru dari segi penyesuaian tempat nak tinggal, pejabat dan persekitaran (cuaca, culture, karenah birokrasi, dll). Dubai (dan UAE) walaupun sedikit sebanyak punya persamaan dari segi agama dan budaya, ianya juga ada kelainan tersendiri.

Sekadar berkongsi sama sedikit tips dalam menentukan perancangan awal career move ke Dubai/UAE. Bukan sekadar karier, bahkan kehidupan anda sekeluarga (bagi yang dah berkeluarga) juga bakal berubah!

Perkara awal yang perlu dbereskan ialah job package anda!

Pastikan package yang dtawarkan merangkumi perbelanjaan asas seperti:

  • package cover insuran kesihatan? kos perubatan d UAE secara umumnya tinggi!
  • package cover kos pendidikan anak-anak? kos pendidikan anak-anak antara termahal d dunia!
  • package cover kos perumahan? kos perumahan, seperti 2 kos di atas adalah teramat tinggi!
  • lain-lain kos optional (yang kadang-kadang dbiayai syarikat): perabut, duit minyak/kereta, kos bulanan bil utilities (api/air & telekommunikasi) dan bonus tahunan (bagi syarikat yang membayar bonus, selalunya dalam linkungan 4minggu hingga beberapa bulan gaji asas)
  • terma tempoh pekerjaaan - umumnya, pekerjaan atas dasar kontrak agak kurang. Yang banyaknya bersifat permanent employment

Secara umumnya, jika package anda merangkumi pembiayaan kos-kos d atas, dengan gaji asas sebanyak Dhs.14,000, anda agak selesa (jika tidak punya anak ramai bersekolah d Dubai dan faktor gaya hidup anda!). Jika anda punya ramai anak yang bakal bersekolah d sini, pastikan gaji asas anda minimanya dalam linkungan Dhs.18,000 ke atas sebulan.

Jika anda dbayar secara "pukal", package sebanyak Dhs.30,000 ke atas sebulan perlu anda secured sebelum membuat keputusan untuk berhijrah!

Dengan package "pukal" anda boleh membuat bajet sendiri untuk keperluan anda - rumah/apartment*, persekolahan anak-anak, groceries, kereta, perubatan, dll.

Jika anda ingin mendapat matlumat lanjut berkenaan kerjaya anda (average industry pay, package, etc.), insyaALlaah, boleh kami "jodohkan" anda dengan mereka yang berada dalam industri anda. Boleh salurkan soalan anda ke ruang komen blog ini atau ke www.malaysian-uae.com

*(sewa apartment 3 bilik dalam range Dhs.7,500 ke atas sebulan, manakala rumah 3 bilik sekitar Dhs.9,000 ke atas sebulan)

No comments: